awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
01/05/2024
12:01 MYT
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Parlimen Jelebu di Dataran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu, Simpang Pertang hari ini. --fotoBERNAMA
JELEBU: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengenai kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus Disember nanti membuktikan kesungguhan beliau dalam menghargai sumbangan pekerja sektor awam kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.
"Ia penantian yang panjang.. Perdana Menteri telah mengambil keputusan mengejutkan, kita tahu bahawa kedudukan kewangan kurang memuaskan setakat ini berikutan faktor ekonomi, tetapi Perdana Menteri sangat komited untuk menghargai penjawat awam keseluruhannya," katanya kepada pemberita di Pekarangan Kompleks UMNO Jelebu Simpang Pertang.
Terdahulu beliau menghadiri majlis sambutan Hari Raya Parlimen Jelebu yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Seiring dengan pengumuman itu, Ahmad Zahid berkata beliau berharap penjawat awam tentunya dapat melipatgandakan produktiviti masing-masing dalam menyampaikan khidmat kepada rakyat dengan lebih efisien.
Sementara itu beliau berkata pengumuman itu juga bertepatan dengan sambutan Hari Pekerja hari ini dan bukan 'gula-gula' susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang sedang diadakan ketika ini.
"Hari ini adalah Hari Pekerja,...apa jua dilakukan kerajaan pasti ada pelbagai interpretasi... tetapi kerajaan bertanggungjawab memenuhi apa yang dijanjikan sebelum ini kepada penjawat awam," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara, yang melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#penjawat awam
#kenaikan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan