awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri doakan kesembuhan Agong, Raja Permaisuri

Bernama
Bernama
03/04/2022
15:34 MYT
Perdana Menteri doakan kesembuhan Agong, Raja Permaisuri
Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka berdua. - Gambar/ Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka berdua.
"Patik dan seluruh Keluarga Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya.
Semalam Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis ini manakala Tunku Azizah hingga Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Keluarga Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan