KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Pameran Era Pascanormal Madani, yang diadakan di Berjaya Times Square di sini.
Beliau yang tiba di tapak pameran pada 11 pagi, meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat pameran menampilkan karya enam artis tempatan yang mengetengahkan ciri tonggak utama konsep Madani iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan.
Antara artis terlibat ialah pengukir Liu Cheng Hua yang menampilkan karya 'Golden Shafts', sejenis peralatan perlombongan emas diperbuat daripada sumber buluh tempatan yang diguna meluas di Raub, Pahang pada 2014.
Turut dipamer ialah hasil seni lukisan bertajuk Human Needs Human, Panorama dan Aku Bukan Pendatang dari Stephen Menon, seorang pelukis dan pembuat cetakan yang terkenal dengan teknik inovatif dan karya yang merangsang pemikiran.
Turut hadir ke pameran itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk R Ramanan, Pengarah Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS) Professor Ziauddin Sardar serta Penolong Pengarah CPPFS Scott Jordan.
Pameran bermula hari ini hingga 10 Nov, merupakan hasil kerjasama antara Perdana Menteri dan CPPFS manakala Berjaya Times Square pula merupakan penaja dan penganjur program.
Kemasukan ke pameran itu adalah percuma, bersesuaian dengan matlamatnya untuk menyebarkan kesedaran tentang zaman pascanormal yang dilalui rakyat dan bagaimana Anwar yang juga Menteri Kewangan, berusaha menggabungkan pengalaman politik dan keazamannya untuk melakukan pembaharuan, dengan mengambil kira pandangan kajian masa depan dan teori masa pascanormal.
Ini juga bagi memastikan kerangka konsep Madani dapat dibangunkan, sekali gus membantu negara mengharungi arus badai ke hadapan ke arah masa depan yang lebih cerah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Pameran Era Pascanormal Madani di Berjaya Times Square hari ini. - Foto Bernama
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.