MALAYSIA
Perdana Menteri Pakistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Muhammad Shehbaz memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Mejar Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif yang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula Ahad diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini, pada Isnin.
Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 10 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Muhammad Shehbaz kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Mejar Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan,; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Muhammad Shehbaz diiringi menteri-menteri serta pegawai kanan kerajaan Pakistan.
Lawatan Muhammad Shehbaz itu sebagai membalas lawatan rasmi Anwar ke Pakistan pada Oktober 2024.
Menurut kenyataan Kementerian Luar sebelum ini, kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama antara Malaysia-Pakistan, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan dan pertahanan.
Muhammad Shehbaz dan Anwar juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Selain itu, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran lima memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pelancongan, pendidikan tinggi, pensijilan halal, pencegahan dan pembanterasan rasuah, perusahaan kecil dan sederhana, serta Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang latihan untuk diplomat.
Muhammad Shehbaz juga akan menyampaikan naskhah dalam bahasa Urdu buku "SCRIPT: For a Better Malaysia" kepada Anwar.
Sempena lawatan itu, satu jamuan rasmi bagi meraikan Muhammad Shehbaz turut akan diadakan di Kompleks Seri Perdana.
Kedua-dua Perdana Menteri itu juga dijadualkan menghadiri Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Pakistan-Malaysia.
Lawatan itu dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam bidang yang berkepentingan bersama.
Malaysia dan Pakistan menjalinkan hubungan diplomatik pada 1957. Hubungan dua hala itu telah ditingkatkan kepada tahap Perkongsian Strategik pada Mac 2019.
Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Pakistan mencecah RM8.07 bilion (USD1.76 bilion), meningkat 25.5 peratus berbanding 2023.
Antara barangan eksport utama Malaysia ialah minyak sawit, petroleum dan produk kimia manakala import dari Pakistan terdiri daripada hasil pertanian, tekstil, pakaian, kasut serta produk petroleum.