MALAYSIA

Perdana Menteri pantau situasi banjir di Kedah

Bernama 17/11/2017 | 15:43 MYT
Mangsa banjir di Alor Setar menggunakan bot riadah bagi mengangkat alat menangkap ikan, tangkol, yang diletakkan di hadapan rumah di Kampung Belukar, 15 Nov, 2017. --fotoBERNAMA
Kerajaan akan memantau situasi banjir di Kedah dan menyalurkan bantuan yang perlu kepada mangsa banjir di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya meneliti perkembangan banjir di Kedah dan saya doakan semua yang terkesan daripadanya tabah dan mengikuti panduan serta arahan pihak berkuasa," katanya menerusi Twitter malam ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat 8 malam ini, jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah turun kepada 212 orang berbanding 385 orang petang tadi.

Jumlah mangsa dijangka terus berkurangan berikutan air di kebanyakan kawasan mulai surut selain aliran air ke sungai juga semakin lancar.

-- BERNAMA



#banjir #Kedah #Najib Razak #Perdana Menteri #Twitter