NATIONAL

Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet

Hasimi Muhamad 23/10/2020 | 01:03 MYT
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Putra Perdana sebentar tadi.
Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin memasuki bangunan itu jam 8.57 pagi.
Perdana Menteri dijadualkan mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pada pukul 9.30 pagi, hari ini.
Mesyuarat Khas tersebut dijangka membincangkan situasi terkini penularan wabak COVID-19 serta usaha mengekang wabak berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketibaan beliau disusuli menteri-menteri lain antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Media difahamkan mesyuarat turut membincangkan usaha kerajaan merangka strategi pemulihan dalam membantu Sabah yang terjejas akibat COVID-19.
Bagaimanapun, sejak semalam timbul desas-desus bahawa mesyuarat tersebut ada kaitan dengan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Namun, perkara itu belum disahkan.
Sebelum ini, Muhyiddin beberapa kali mengadakan Mesyuarat Kabinet melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 selepas beliau menjalani kuarantin kendiri 14 hari.
#Muhyiddin Yassin #Putra Perdana #Mesyuarat khas Kabinet #COVID-19 #sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional #rangka strategi pemulihan #Perikatan Nasional