awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri sampaikan sumbangan, buka puasa di Bera

Bernama
Bernama
17/04/2022
12:39 MYT
Perdana Menteri sampaikan sumbangan, buka puasa di Bera
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk setempat ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa sempena Program Jelajah Semarak Ramadan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Kuala Triang hari ini. - Foto BERNAMA
BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama penduduk daerah Bera di Masjid Tengku Abdullah, Kampung Kuala Triang di sini.
Ismail Sabri sebelum itu menyampaikan sumbangan wang tunai dari Yayasan Petronas kepada 636 penerima terdiri daripada golongan memerlukan dari 11 kampung untuk membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Selain Kampung Kuala Triang, penerima terdiri daripada penduduk dari Kampung Bukit Imam Sulong, Kuala Bera, Bukit Gemuruh, Kampung Chuat, Bukit Rok, Kampung Ibam, Batu Papan, Bohor Bharu, Bukit Serdang dan Kampung Tengah Batu Papan.
Selepas berbuka puasa, Ismail Sabri turut menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, pulang ke kawasan Parlimennya pada hujung minggu ini bagi menyantuni penduduk menerusi Program Jelajah Semarak Ramadan yang melibatkan penyerahan sumbangan dan majlis berbuka puasa.
Selain itu, beliau turut meluangkan masa menyantuni petugas barisan hadapan menerusi Program Singgah Sahur di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Balai Bomba dan Penyelamat Bera serta pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#buka puasa
#Bera
#Masjid Tengku Abdullah
#sumbangan
#Kampung Kuala Triang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan