NATIONAL

Perdana Menteri terkejut berhubung insiden serangan di Istanbul

Bernama 01/01/2017 | 13:47 MYT
Turki sejak beberapa bulan lalu berdepan dengan siri ancaman keselamatan yang dilaporkan berpunca daripada kumpulan militan Daish dan juga Kurd. - Foto REUTERS/Osman Orsal
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa terkejut berhubung insiden serangan di Istanbul, Turki baru-baru ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.
Beliau, menerusi catatan terbaharu beliau dalam laman Twitter, berkata Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Turki dan mereka yang terjejas dalam serangan itu.
"Terkejut dengan insiden serangan di Istanbul. Malaysia mengucapkan takziah kepada Turki dan mereka yang terjejas," kata beliau.
Datuk Seri Najib juga mengulangi pendiriannya bahawa dunia harus bersatu bagi memerangi insiden keganasan seperti itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan antarabangsa, sebuah kelab malam di Turki diserang oleh seorang lelaki bersenjata ketika pengunjung dalam kelab malam itu menyambut tahun baharu.
Selain 39 orang maut, sekurang-kurangnya 69 orang cedera dengan empat daripada mereka dalam keadaan kritikal. -- Bernama
#kelab Reina #penyerang bersenjata #Selat Bosphorus #serangan Istanbul