NATIONAL
Perdana Menteri tiba di Moscow untuk lawatan empat hari
Anwar dijangka mengadakan pertemuan bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
MOSCOW: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Moscow pada Selasa malam bagi memulakan rangka lawatan rasmi empat harinya ke Rusia.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari bagi mengukuhkan hubungan Malaysia-Rusia.
- Beliau dijadual bertemu Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Mikhail Mishustin serta pemimpin industri Rusia.
- Anwar juga akan hadir KazanForum dan menyampaikan syarahan di Moscow State Institute, di mana beliau akan dianugerahkan ijazah kehormat.
Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin bagi memperkukuh persahabatan Malaysia-Rusia serta merintis kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.
Beliau juga juga dijadualkan bertemu beberapa pemimpin industri utama Rusia untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia, selain menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia-Islamic World dan KazanForum di Kazan.
Pada Khamis, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan umum di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow, di mana beliau akan dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat.
Ini merupakan kunjungan kedua Perdana Menteri ke Rusia, selepas kunjungan pertama pada September 2024 untuk Forum Ekonomi Timur di Vladivostok.