KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, meninjau Menara Kuantan 188 yang merupakan antara produk pelancongan terkini dan ikonik yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di tepi pesisir Sungai Kuantan di sini.
Beliau tiba di menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur itu, pada 12.10 tengah hari dengan menaiki kereta bugi dari dari Kompleks Bandaraya Kuantan yang terletak kira-kira 200 meter dari menara itu, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Turut sama ialah Menteri Besar dari negeri Pantai Timur iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Datuk Ahmad Yakob (Kelantan) serta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Setibanya di perkarangan Menara Kuantan 188, Perdana Menteri juga mendengar taklimat dan meninjau kenderaan rekreasi (RV) atau lebih dikenali sebagai karaven yang merupakan satu daripada produk pelancongan terkini yang dicadangkan oleh ECERDC untuk dibangunkan di sebuah daerah di Pahang.
Beliau bersama rombongan tersebut juga dibawa ke 'skydeck' Menara Kuantan yang menyajikan pemandangan 360 darjah keseluruhan bandar raya Kuantan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat menerusi kenyataan media yang diedarkan berkata pelancongan RV merupakan trend semasa yang semakin popular kerana ia memberi pilihan konsep pelancongan lebih terbuka untuk pelbagai aktiviti luar dan aktiviti peribadi.
"Industri pelancongan RV sedang berkembang pesat di negara seperti Australia, China, Korea Selatan, Jepun dan New Zealand serta menjadi komponen penting bagi ekonomi negara tersebut.
"Ini membuka peluang untuk Malaysia secara amnya dan ECER secara khususnya untuk memanfaatkan trend ini untuk mewujudkan peluang pertumbuhan pelancongan baharu di ECER dan meneroka potensi membangunkan industri RV di wilayah ini," katanya.
Mengenai Menara Kuantan 188, Baizawi berkata seramai 23,600 pelawat telah mengunjungi menara tersebut sejak ia dibuka secara rasmi pada 15 Dis lepas.
Konsep reka bentuk pembinaan menara itu diinspirasikan daripada daun dan bunga pokok Teruntum Putih yang dulunya banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Perdana Menteri tertarik melihat peserta -skywalk- yang memakai pakaian tradisional semasa melakukan aktiviti tersebut ketika mengadakan lawatan ke Menara Kuantan 188 di Kuantan hari ini.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
Hari Kebangsaan 2022: Penerjun base tertua antara 18 lakukan terjunan dari Menara Kuantan 188
Sebanyak 65 terjunan base atau 'base jump' dilakukan dari Menara Kuantan 188 sebagai simbolik 65 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Petugas menara Kuantan 188 lakukan aksi 'skywalk' kibarkan Jalur Gemilang
Demi menzahirkan semangat merdeka yang berkobar-kobar, empat petugas Menara Kuantan 188 memilih mengibarkan Jalur Gemilang menerusi sukan ekstrem 'skywalk' sambil mengelilingi pelantar terbuka pada ke
Perdana Menteri tinjau Menara Kuantan 188, kenderaan RV
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, meninjau Menara Kuantan 188 yang merupakan antara produk pelancongan terkini dan ikonik di Kuantan.
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Daun, bunga pokok teruntum inspirasi reka bentuk anjung Menara Kuantan 188
Daun dan bunga pokok Teruntum putih banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan suatu ketika dahulu, menjadi inspirasi kepada reka bentuk anjung Menara Kuantan 188.
Agong berkenan rasmi Menara Kuantan 188, Jambatan Putra
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan merasmikan Menara Kuantan 188.