ALOR SETAR: Impian 'wartawan cilik' Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani yang ingin bertemu dan menemu ramah Perdana Menteri menjadi kenyataan hari ini.
Kanak-Kanak berusia 12 tahun itu dipertemukan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini dan diberi kesempatan menemu ramah pemimpin nombor satu negara berkenaan.
Dalam sesi temu ramah itu, Muhammad Haziq bertanyakan beberapa soalan kepada Perdana Menteri berkaitan makanan kegemaran, rutin harian dan sama ada beliau mengenali juadah kampung.
Perdana Menteri turut ditanya mengenai perancangannya jika diberi peluang menerajui negara 10 tahun lagi dan Ismail Sabri menjawab beliau berharap dapat menghapuskan kemiskinan serta miskin tegar menjelang 2025.
"Yang pertamanya kita beri fokus untuk menjadikan ekonomi kita negara berpendapatan tinggi, yang keduanya supaya kita boleh bantu masyarakat luar bandar, kita dapat hapuskan kemiskinan supaya tidak ada lagi orang miskin, miskin tegar, kita nak hapuskan dalam tahun 2025 nanti.
BACA: Hasrat tercapai, 'wartawan cilik' tak sabar temu bual PM petang ini
"Negara kita pun ke arah neutral karbon supaya tidak ada lagi kalau kita tengok kilang-kilang, asap dan sebagainya, jadi nak jadikan negara kita neutral karbon. Ini semua perancangan masa depan untuk rakyat seperti Haziq," katanya.
Selepas sesi temu ramah itu, Muhammad Haziq yang ditemani ibunya Nur Shakilla Zainol, 33, dan beberapa ahli keluarga lain memberitahu Bernama bahawa dia amat berbesar hati dapat berjumpa serta menemu ramah Perdana Menteri.
"Saya sangat berbesar hati dapat jumpa Perdana Menteri. Seronok dapat berjumpa Perdana Menteri Malaysia. Memang rezeki dapat jumpa Perdana Menteri.
"Saya lihat beliau seorang yang baik, penyayang dan handsome orangnya," kata Muhammad Haziq.
Sebelum ini, Bernama melaporkan hasrat Muhammad Haziq untuk bertemu Ismail Sabri dan menemu ramah beliau jika diberi kesempatan.
Ismail Sabri berada di Kedah untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan merasmikan projek Kedah Rubber City di Kuala Nerang esok.
Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya yang melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular.
Video itu, yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Jan lepas, telah mendapat 1.2 juta tontonan.
Penghidap talasemia itu turut mendapat perhatian Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.
Muhammad Haziq juga dihadiahkan sebuah tablet oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa selain menerima sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta individu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022
Muhammad Haziq dipertemukan dengan Ismail Sabri di sebuah hotel di sini dan diberi kesempatan menemu ramah pemimpin nombor satu negara berkenaan. - Gambar/ Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
'Sampai tak sempat nak masak sebab sibuk' - Haziq terima tunjuk ajar bidang kulinari
Masanya agak terhad kerana sering menerima jemputan dan kehadiran pelbagai pihak yang ingin bertemu dengannya.
Terlalu banyak permintaan 'review' produk, ada kala Haziq 'stress' - Ibu
Adik Muhammad Haziq mula menjadi perhatian usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat yang memasarkan produk mereka.
Perdana Menteri tunai impian 'wartawan cilik'
Impian 'wartawan cilik' Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani yang ingin bertemu dan menemu ramah Perdana Menteri menjadi kenyataan hari ini.
Hasrat tercapai, 'wartawan cilik' tak sabar temu bual PM petang ini
Perdana Menteri mengambil kesempatan meluangkan masa bertemu Muhammad Haziq di sebuah hotel di Alor Setar, hari ini.
'Wartawan cilik' tanam impian temu ramah Perdana Menteri
Muhammad Haziq raih perhatian netizen selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam, tular baru-baru ini.
Komputer tablet buat wartawan cilik Muhammad Haziq
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menghadiahkan komputer tablet kepada wartawan cilik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 11.
"Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."
Laporan ular sawa yang 'amat besar' dan 'amat dahsyat' masyhurkan kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Kedah.
Jana Tamimi, wartawan cilik Palestin
Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu menggunakan telefon pintar untuk merakamkan laporan mengenai penindasan Israel ke atas Palestin.