KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat beragama Hindu di negara ini.
Anwar berkata perayaan serta budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.
"Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta," katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.
Masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam pada hari ini dengan membanjiri kuil-kuil utama di ibu negara dan beberapa bandar raya di seluruh negara.
Thaipusam ialah perayaan yang disambut pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, bagi memperingati peristiwa Dewi Parvati memberikan lembing suci kepada anak lelakinya Dewa Murugan bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

Penganut penganut Hindu membawa kavadi ketika sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumal Arulmigu Subramania, Gunung Cheroh, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

Berbelanja di bazar Ramadan berpada-pada, elak pembaziran
Bazar Ramadan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu meriah dengan pelbagai jualan. Pengunjung teruja dengan juadah ditawarkan, namun ambil langkah berjimat cermat dalam membeli.

'Makan ubat tahan sakit ... ' - Walaupun tidak sihat, Ustaz Kazim tetap berceramah
Ustaz Kazim berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.

Armada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa kedua-dua ahli politik tersebut menyalah guna kuasa penjawat awam bagi menyembunyikan rancangan kesalahan di bawah Seksyen 119 dan 120 Kanun Keseksaan.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.

PM Anwar saksi pemeteraian MoU antara syarikat Malaysia-Arab Saudi
Anwar dan delegasinya turut mengadakan pertemuan dengan kira-kira 20 pemimpin syarikat Arab Saudi dalam mesyuarat meja bulat.

Anwar berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jeddah
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi tiba di Konsulat Malaysia di sini kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

'Singkirkan kanser ini' - Sultan Johor gesa Kerajaan Perpaduan tegas hapus rasuah
Menyifatkan ia sebagai "kanser", Sultan Ibrahim bertitah reputasi Malaysia telah terjejas akibat rasuah.

Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu telah disampaikan kepada OIC yang bersedia membantu dari segi perhubungan Malaysia dengan Kerajaan Afghanistan.

Nilai kesederhanaan, kemanusiaan dalam Ramadan perlu disebar luas
Mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan kurang berkemampuan perlu disebarkan secara meluas.

Muafakat Kerajaan Perpaduan wajar dicontohi negara - Senator
Konsep perpaduan dan muafakat politik yang dipamerkan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dijadikan contoh dalam pentadbiran setiap kerajaan negeri.

Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.