awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri umum dua program penanda aras untuk usahawan sosial

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/12/2016
03:39 MYT
Perdana Menteri umum dua program penanda aras untuk usahawan sosial
PM NAJIB: Inisiatif ini akan memberi pengiktirafan kepada sektor keusahawanan sosial baharu di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua program penanda aras bagi meningkatkan pengiktirafan sektor keusahawanan sosial baharu di negara ini.
Ia melibatkan program pensijilan keusahawanan sosial dan insentif pemerolehan sosial.
"Inisiatif ini akan memberi pengiktirafan kepada sektor keusahawanan sosial baharu di Malaysia dan ia akan memberikan faedah, insentif, dan penghormatan usahawan sosial," katanya semasa berucap merasmikan Komuniti Keusahawanan Global dan Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 (MCY 2016) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan enam anugerah utama Anugerah MCY 2016 dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta.
Ujarnya, program berkenaan adalah selaras dengan sasaran mencapai 1,000 usahawan sosial baharu menjelang 2018.
"Program pensijilan ini akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 500,000 individu B40 melalui keusahawanan sosial terlibat. Ia akan diperkenalkan oleh MaGIC bermula Jun 2017," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan gelombang kedua Tahun Pengkomersialan bagi tahun 2017.
Ia merangkumi dua inisiatif kerajaan iaitu Program Pemacu Global dan Impak Cabaran ASEAN yang akan dilaksanakan melalui MaGIC.
"Inisiatif ini akan memberi sokongan antara satu sama lain dalam melahirkan usahawan yang berjaya dalam pelbagai sektor dan komuniti," kata beliau.
Menurutnya lagi, semua inisiatif berkenaan akan meningkatkan lebih banyak peluang baharu dalam perniagaan, dan menjadi pemangkin pertumbuhan keusahawanan.
Topic Berkaitan
#anugerah MCY
#Najib Razak
#pemerolehan
#pensijilan
#sektor keusahawanan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan