NATIONAL
Perdana Menteri Vietnam tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi
Chinh memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebaik tiba untuk lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, malam tadi. -- fotoBERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh tiba di sini malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Chinh, isterinya, Le Thi Bich Tran dan delegasi Vietnam tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.55 malam.
Chinh dan delegasinya disambut oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Sejurus ketibaan beliau, Chinh memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 28 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Muhammad Nafis Norshid.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan, lawatan itu dilakukan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei di ibu negara Malaysia.
Ini adalah lawatan pertama Chinh ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam pada April 2021.
Beliau akan diberikan sambutan rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya yang disusuli mesyuarat dua hala.
Malaysia dan Vietnam telah meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada November 2024.
Pada 2024, Vietnam menduduki tempat ke-11 dalam senarai rakan perdagangan terbesar Malaysia di peringkat global dan keempat terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Perdagangan antara Malaysia dan Vietnam berjumlah RM83.11 bilion dengan eksport dari Malaysia ke Vietnam bernilai RM53.86 bilion manakala import dari Vietnam ke Malaysia bernilai RM29.25 bilion.
Beberapa syarikat Malaysia telah melaksanakan lebih 700 projek di Vietnam dalam pelbagai sektor dengan pelaburan terkumpul bernilai lebih USD13 bilion.
-- BERNAMA