KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM1 juta kepada bekas pengurus bank, Charles Chua Yi Fuan kerana menipu seorang pelabur untuk melabur di dalam satu skim pelaburan yang tidak wujud dan mengakibat mangsa kerugian RM175,000, lima tahun lepas.
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, bekas Naib Presiden Pasaran Hutang Hong Leong Investment Bank Bhd selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hashley Tajudin memberitahu hakim bahawa pihak pendakwaan dan peguam bela Chua bersetuju untuk meminta mahkamah supaya mengambil kira 16 lagi pertuduhan apabila menjatuhkan hukuman.
Hakim berkata beliau mengambil kira 16 lagi pertuduhan yang masih belum selesai menurut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah dalam menjatuhkan hukuman. Ini bermakna Chua tiada lagi pertuduhan yang belum selesai.
Menurut Seksyen 171A:"apabila dalam mana-mana perbicaraan jenayah yang dikenakan oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya, tertuduh didapati salah di atas sesuatu kesalahan, Mahkamah dalam menentukan dan menjatuhkan hukuman, bolehlah dengan persetujuan pendakwa dan tertuduh mempertimbangkan sebarang kesalahan lain yang masih belum selesai yang tertuduh mengaku telah melakukannya."
Dalam kesemua 17 pertuduhan itu, Chua memberitahu mangsa-mangsanya bahawa mereka melabur dalam skim pelaburan melibatkan pembelian saham tetapi skim itu tidak wujud dan mengakibatkan pelabur kerugian RM1.73 juta dari 2017 hingga 2019.
Pada pertuduhan itu, Chua didakwa menggunakan jawatannya sebagai Naib Presiden Pasaran Hutang bank itu untuk memperdaya Lim Boon Bing melaburkan RM175,000 dalam satu pelaburan tawaran awam awal "QSR" dan menjanjikan pulangan pelaburan 8.5 peratus pada bulan pertama dan 10 peratus pada bulan seterusnya untuk Lim.
Dia didakwa menyebabkan Lim mendepositkan RM175,000 ke dalam akaunnya antara 3 April hingga 24 Mei 2018 di Malayan Banking Berhad Graha Peladang, Jalan Hang Tuah, Melaka untuk skim pelaburan tawaran awam awal QSR.
Chua sememangnya pada masa itu tahu bahawa tawaran awam awal QSR adalah palsu dan tidak wujud.
Pertuduhan adalah di bawah Subseksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta bagi setiap pertuduhan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Chua sememangnya pada masa itu tahu bahawa tawaran awam awal QSR adalah palsu dan tidak wujud. - Gambar fail

Diddy didakwa pecah pintu rumah Cassie Ventura dengan tukul besi
Insiden itu berlaku selepas Combs didakwa menyerang Ventura di lobi Hotel Intercontinental.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.

Pengarah syarikat didakwa beri pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat
Seorang pengarah syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat.

SPRM tahan 3 pegawai bank kes pengubahan wang haram, rasuah permohonan pinjaman RM21 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai bank melibatkan pengurus perniagaan, ketua jabatan dan pengurus cawangan.

Ketua koordinator eksekutif syarikat ditahan reman, maklumat palsu projek PPAM
Seorang ketua koordinator eksekutif sebuah syarikat ditahan reman selama tiga kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan PPAM.

Juruteknik didakwa liwat anak tiri perempuan di balkoni rumah
Seorang juruteknik didakwa atas pertuduhan meliwat anak tiri perempuannya di balkoni rumah mereka.

Ahli perniagaan didakwa tipu skim pelaburan bon RM3.16 juta
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menguruskan aktiviti pasaran modal tanpa lesen dan menipu berhubung skim pelaburan bon.

Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambil lewa - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa siasatan terhadap ibu bapa kanak-kanak autistik itu tidak dibuat sambil lewa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 April 2025.

Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan.

Jurulatih perunding insurans kekal bebas tuduhan tipu, pengubahan wang haram RM1.8 juta
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan membebaskan seorang jurulatih perunding insurans daripada satu pertuduhan menipu dan 25 pertuduhan pengubahan wang haram.

Kes Zayn Rayyan: Ada arahan 'pihak atasan' tidak bekalkan minit prosiding reman - Peguam
Pasukan pembelaan akan meminta penjelasan daripada Mahkamah Majistret di sini berkenaan permohonan bagi mendapatkan carian minit prosiding.