KUALA LUMPUR: Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak jongkong emas dan telefon bimbit milik seorang lelaki warga India bernilai RM266,050 minggu lepas.
M. Ramesh Raj, 35, didakwa bersama-sama suspek yang masih bebas melakukan perbuatan itu ke atas Mohammed Mubarak Sikkander di lorong belakang sebuah restoran, Jalan Masjid India di sini pada 2.10 petang 19 Feb lepas.
Di mahkamah sama, seorang penghantar barang J. Francis, 31, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak Mohd Zainuddin Abdullah, 51, wang tunai berjumlah 25,000 Pound Sterling (RM150,750) dan RM34,720 di sebuah pangsapuri di Dang Wangi pada 2.20 petang 21 Feb lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM20,000 untuk Ramesh dan RM16,000 kepada Francis, masing-masing dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai.
Peguam Iqhmar Syafiq Mohd Azmi, yang mewakili Ramesh, memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan hanya anak guamnya menanggung keluarga kerana isteri tertuduh tidak bekerja manakala peguam K. Komagan, yang mewakili Francis, pula anak guamnya adalah orang kurang upaya fizikal dan menanggung keluarga.
Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 5 April sebagai sebutan kes bagi Ramesh serta 4 April bagi Francis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
M. Ramesh Raj, 35, didakwa bersama-sama suspek yang masih bebas melakukan perbuatan itu ke atas Mohammed Mubarak Sikkander di lorong belakang sebuah restoran, Jalan Masjid India di sini pada 2.10 petang 19 Feb lepas. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pereka grafik didakwa rompak jongkong emas, telefon bimbit milik warga India
M. Ramesh Raj bersama seorang suspek yang masih bebas melakukan perbuatan itu di lorong belakang sebuah restoran, Jalan Masjid India 19 Februari lepas.