awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perenang Singapura Joseph Schooling mohon maaf terlanjur kata

Bernama
Bernama
18/08/2017
14:50 MYT
Perenang Singapura Joseph Schooling mohon maaf terlanjur kata
Schooling selamat tiba di KLIA Jumaat malam. - Bernama
Pemenang emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling memohon maaf atas kenyataannya ‘mengajar Malaysia satu atau dua perkara’ menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, malam ini.
Perenang sensasi Singapura berusia 22 tahun itu membuat kenyataan tersebut ketika pulang ke Singapura selepas beraksi pada Kejohanan Dunia di Budapest, baru-baru ini, yang mencetuskan respons negatif daripada netizen di Malaysia dan Singapura.
“Kata-kata itu pasti diambil di luar konteks dan saya di sini untuk menyertai acara renang dan jika saya pernah menyinggung sesiapapun, saya memohon maaf kerana itu bukan niat saya.
“Apa yang penting, skuad renang selamat tiba di sini dan kami sudah bersedia... malah saya akan melakukan yang terbaik untuk Singapura,” katanya yang mengecewakan perenang legenda Amerika Syarikat, Michael Phelps untuk menang emas acara 100m kuak kupu-kupu di Rio tahun lepas.
Ketibaan Schooling turut disambut oleh ibunya, May Schooling, yang kini menetap di Ipoh, Perak.
Schooling dijangka membuka kempen dalam acara 50m di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Isnin ini.
Pada edisi lepas di laman sendiri, dua tahun lalu, Schooling menghadiahkan sembilan emas untuk negara kelahirannya Singapura dan pemenang emas Olimpik pertama buat negara republik itu.
– BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#joseph schooling
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan