awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan geng tunda kenderaan: Polis tahan 10 lelaki bantu siasatan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/01/2022
11:26 MYT
Pergaduhan geng tunda kenderaan: Polis tahan 10 lelaki bantu siasatan
Sekumpulan 20 lelaki bergaduh di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menunda kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Media sosial
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan sepuluh lelaki tempatan bagi membantu siasatan insiden pergaduhan melibatkan urusan menunda kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisinoner Soffian Santong berkata, lima lelaki ditahan semalam (Khamis) manakala lima lelaki telah ditahan pada hari kejadian .
Mereka yang ditahan berusia 21 hingga 54 tahun dan ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif.
Bagaimanapun, enam yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Menurut Soffian, dua daripada 10 lelaki yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis manakala lapan yang lain direman selama lima hari dan ditempatkan di lokap berpusat di Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian jam 2 petang Rabu lepas, sekumpulan 20 lelaki bergaduh di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menunda kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain terbabit dalam kemalangan di laluan menghala pusat bandar.
Video berkenaan tular dimedia sosial dan mendapat reaksi pelbagai pihak.
Topic Berkaitan
#video tular
#tunda kenderaan
#pergaduhan
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan