awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan SKVE: Lelaki ditahan ada dua rekod dadah

Bernama
Bernama
19/04/2025
14:24 MYT
Pergaduhan SKVE: Lelaki ditahan ada dua rekod dadah
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata suspek berumur 50-an itu ditahan susulan laporan mangsa semalam. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata suspek berumur 50-an itu ditahan susulan laporan mangsa semalam.
"Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh atau melulu di jalan raya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000.
Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan selesai," katanya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 17 April lepas kira-kira 10.25 pagi apabila seorang lelaki berusia 22 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Estima mendakwa dihimpit oleh kenderaan jenis Perodua Alza semasa melalui SKVE dari arah Kajang ke Bangi.
Pergaduhan berlaku apabila mangsa memberhentikan keretanya dan suspek keluar daripada kenderaan dan menumbuk cermin belakang kereta mangsa sebelum menumbuk mukanya.
Kejadian dirakam kamera papan pemuka kereta milik pengadu dan klip video berdurasi 1 minit 15 saat itu tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#SKVE
#rekod jenayah
#Dadah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan