awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergerakan antara zon di Sarawak dibenarkan mulai 15 Ogos - Uggah

Bernama
Bernama
10/08/2020
20:06 MYT
Pergerakan antara zon di Sarawak dibenarkan mulai 15 Ogos - Uggah
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak leka, sebaliknya perlu terus kekal berwaspada agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan. -Gambar fail
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan untuk membenarkan pergerakan antara zon di Sarawak tanpa perlu memohon permit daripada pihak polis mulai 15 Ogos ini.
Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan itu diambil setelah meneliti isu semasa kes positif di Sarawak serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan serta sektor industri pelancongan.
"Hari ini tiada kes positif dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal sebanyak 681 kes," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JPBNS di sini pada Isnin.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak leka, sebaliknya perlu terus kekal berwaspada agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan di zon Kuching/Samarahan.
"Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#JPBNS
#pergerakan antara zon
#permit
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan