Pergerakan Ribut Lekima tidak beri kesan signifikan kepada Malaysia

Bernama
Ogos 6, 2019 15:09 MYT
Jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 1,907 km ke timur laut Kudat, Sabah. - Gambar fail/Wikipedia
Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 753 kilometer (km) ke Tenggara Naha, Jepun, dan sedang bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 10 km sejam.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pergerakan ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.
Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang ini, jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 1,907 km ke timur laut Kudat, Sabah.
-- BERNAMA
#Jabatan Meteorologi Malaysia #Jepun #kesan signifikan #Malaysia #MetMalaysia #Naha #Ribut Tropika Lekima #Tropical Storm Lekima