MALAYSIA
Pergerakan tanah: Klinik Kesihatan Kuala Tahan pindah operasi sementara
Pemeriksaan JKR mendapati bangunan asal yang berusia 45 tahun tidak selamat untuk diduduki. - Gambar fail/ Faez Bachok
KUANTAN: Klinik Kesihatan (KK) Kuala Tahan, Jerantut dipindahkan ke lokasi sementara ke Dewan Penghulu Reja, Kampung Padang, Kuala Tahan selepas mengalami kerosakan struktur utama disebabkan pergerakan tanah.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Saiful Azlan Sharif berkata 24 petugas klinik akan terus bertugas di lokasi sementara itu bagi memastikan kesinambunangan perkhidmatan kepada masyarakat.
"Hasil pemeriksaan terkini oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati bangunan KK Kuala Tahan yang telah berusia 45 tahun itu tidak stabil dan tidak selamat untuk diduduki," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebagai perancangan jangka pendek, permohonan pembaikian struktur sedia ada akan dilakukan mengikut kesesuaian setelah semakan dan penilaian dibuat oleh Bahagian Forensik Struktur JKR.
"Pada 2024, projek pembinaan KK Kuala Tahan Jenis 5 dengan kemudahan x-ray di tapak baharu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Rolling Plan 4 dan kerja-kerja dijangka bermula pada 2026 di bawah seliaan pihak JKR," katanya.
Dr Saiful Azlan berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan penduduk menerima perkhidmatan kesihatan yang lebih baik selain petugas dapat bekerja dalam keadaan lebih selesa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Klinik Kesihatan Kuala Tahan dipindahkan ke lokasi sementara di Dewan Penghulu Reja, Kampung Padang berikutan kerosakan struktur utama akibat pergerakan tanah, dengan 24 petugas klinik meneruskan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Pemeriksaan JKR mendapati bangunan asal yang berusia 45 tahun tidak selamat untuk diduduki, dan permohonan pembaikan struktur akan dibuat sebagai langkah jangka pendek selepas penilaian oleh Bahagian Forensik Struktur JKR.
- Projek pembinaan klinik baharu jenis 5 dengan kemudahan x-ray telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan 4 dan dijangka bermula pada tahun 2026, selaras dengan komitmen Jabatan Kesihatan Pahang untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan selesa.