MALAYSIA
Perhebat gerakan boikot, desak hentikan kekejaman ke atas tahanan Palestin - BDS
Peserta himpunan menyusun gambar warga Palestin yang masih berada dalam tahanan penjara rejim Zionis Israel. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Kempen boikot terhadap syarikat dan produk berkaitan Israel harus diperhebat sebagai tanda bantahan terhadap layanan kejam rejim Zionis ke atas tahanan warga Palestin.
Ringkasan AI
Menurut Pengerusi Gerakan Boikot, Pelucutan Pelaburan dan Sekatan (BDS) Profesor Mohd Nazari Ismail, beliau juga mengulangi gesaan terhadap kerajaan Malaysia untuk menghentikan sebarang urusan dengan perniagaan yang didakwa bersubahat dalam jeyanah perang terhadap Palestin.
“Kita mesti bersuara agar orang ramai mengetahui bahawa syarikat-syarikat ini bersubahat,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Hari Tindakan Global Untuk Tahanan Palestin di sini hari ini.
Nazari menegaskan, ribuan rakyat Palestin terus menderita apabila ditahan untuk tempoh yang panjang di penjara rejim Zionis Israel walaupun gencatan senjata telah termeterai pada 10 Oktober lalu.
Menurutnya, kebanyakan tahanan tidak dibicarakan dan ditahan tanpa sebarang pertuduhan, selain tidak dimaklumkan tempoh penahanan mereka.
“Ada yang dipenjarakan lebih daripada 20 tahun, termasuk kanak-kanak bawah umur dan wanita, tindakan ini boleh disifatkan sebagai tebusan kerana mereka bukan penjenayah yang layak bergelar banduan,” kata Nazari.
Beliau turut memaklumkan, ahli keluarga para tahanan dinafikan hak untuk bertemu mereka susulan peraturan yang mewajibkan permit khas, yang lazimnya sering ditolak oleh pihak Israel.
Nazri turut mengecam tindakan PBB yang hanya berbincang soal pembebasan tebusan Israel yang ditahan semasa peristiwa 7 Oktober 2023, namun enggan menyentuh mengenai ribuan tahanan Palestin.
Dalam pada itu, aktivis Gabungan Armada Kebebasan (FFC) Dr. Fauziah Mohd Hassan yang pernah ditahan sebanyak dua kali di penjara Israel pada 2016 dan 2025, menyatakan ada sebilangan tahanan turut mengalami penderaan seksual oleh pihak pasukan tentera penjajah Israel (IOF).
“Ia mengambil masa dua bulan untuk para tahanan tampil dan bercerita mengenai penderaan yang dilakukan oleh anggota IOF sama ada terhadap lelaki atau wanita.
“Rakan wanita kami telah dirogol oleh seorang wanita daripada IOF, jadi sama ada anda lelaki atau wanita tetap tidak dapat melarikan diri daripada penderaan seksual, mental atau fizikal,” katanya.
Pada masa sama Fauziah turut mengecam tindakan Israel membedil ibu pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA) bagi pelarian Palestin di Baitulmaqdis pada 20 Januari lalu.
Tegasnya, pemimpin dunia masih berdiam diri dan tidak melakukan sebarang tindakan tegas terhadap tindakan ganas Israel.
“UNRWA merupakan talian hayat bagi ribuan penduduk di Baitulmaqdis, Gaza dan Tebing Barat. Namun, tiada siapa berkata apa-apa, tiada siapa yang mengambil tindakan untuk mempertanggungjawabkan tindakan Israel,” katanya.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Kempen boikot syarikat Israel perlu diperhebat sebagai protes kejam rejim Zionis ke atas tahanan Palestin.
- Profesor Mohd Nazari Ismail menyeru kerajaan Malaysia untuk hentikan urusan dengan syarikat yang sokong jeyanah perang terhadap Palestin.
- Ribuan rakyat Palestin menderita di penjara Israel, beberapa ditahan tanpa pertuduhan dan tidak dibicarakan, menyebabkan penderitaan jangka panjang.