awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan kesan tapak kaki harimau di Cameron Highlands

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2022
04:35 MYT
Perhilitan kesan tapak kaki harimau di Cameron Highlands
Tangkap layar video berhubung kehadiran harimau belang dikesan di Cameron Highlands dua hari lalu. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Aduan daripada penduduk di Kampung Orang Asli di Kampung Sungai Ubi, Cameron Highlands berhubung kehadiran harimau belang di kampung itu, pada Khamis lalu, adalah berasas.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, hasil siasatan dijalankan telah menjumpai kesan tapak kaki harimau belang pada jarak satu kilometer (km) dari perkampungan tersebut.
"Pemantauan di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya sedang dilakukan oleh kakitangan Perhilitan Pahang dan Perak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau menjelaskan pemantauan dilakukan bagi memastikan harimau belang itu kembali ke habitatnya dan tiada ancaman kepada penduduk.
Tular rakaman video berdurasi 26 saat berhubung penemuan seekor harimau belang yang dikatakan dikesan di kawasan Cameron Highlands, dua hari lalu.
Ia merupakan video kedua tular selepas video pertama sekitar seminggu lalu di mana seekor harimau belang dikatakan berkeliaran di sekitar jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Difahamkan harimau belang berkenaan dipercayai dari hutan simpan berhampiran dan kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#kesan tapak kaki harimau belang
#Kampung Orang Asli
#Kampung Sungai Ubi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan