MALAYSIA
Perhilitan laksana operasi bersepadu translokasi gajah besar-besaran
Operasi melibatkan kerjasama antara negeri dan penggunaan teknologi seperti dron, peta digital dan sistem makluman awal, serta menyokong dasar pemuliharaan seperti NECAP dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. - Gambar fail
KLUANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melaksanakan Operasi Bersepadu Translokasi Gajah secara besar-besaran melibatkan 25 ekor gajah bermula bulan ini hingga Julai tahun hadapan.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata langkah strategik ini adalah bagi menangani isu konflik gajah dan manusia secara menyeluruh dan berkesan, dengan Johor menjadi negeri pertama lokasi operasi berkenaan.
"Operasi ini bertujuan mengurangkan konflik gajah secara sistematik di lokasi berisiko tinggi, mengenal pasti dan memindahkan kumpulan gajah yang aktif mengganggu kawasan pertanian, kampung dan kawasan perumahan.
Selain itu, ia bertujuan memulihkan ekosistem melalui kawalan populasi di luar habitat asal dan pengumpulan data saintifik untuk penambahbaikan dasar pengurusan gajah liar," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Operasi Bersepadu Translokasi Gajah Negeri Johor.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tiang Soon dan Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin.
Abdul Kadir berkata operasi itu melibatkan kolaborasi antara Unit Tangkapan Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang; pasukan dari negeri-negeri lain termasuk Perak, Kelantan dan Terengganu dan Perhilitan Johor sebagai penyelaras utama.
Beliau berkata operasi itu turut disokong penggunaan dron pemantauan, peta digital pergerakan gajah dan sistem makluman awal kepada komuniti mengurangkan kejadian tidak diingini.
Ketika ini, terdapat kira-kira 1,300 ekor gajah direkodkan di Semenanjung Malaysia.
Bagi tempoh 2020 hingga 2024, Perhilitan merekodkan 4,919 aduan konflik gajah dan manusia melibatkan RM39.4 juta nilai kerugian, dengan negeri Johor, Kelantan, Perak dan Pahang sebagai antara negeri tertinggi.
Abdul Kadir berkata program translokasi dan operasi bersepadu itu selari dengan pelaksanaan dasar dan strategi negara, termasuk Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP), Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 dan Dasar Perhutanan Negara.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Johor yang telah menyalurkan peruntukan RM600,000 bagi menyokong pelaksanaan operasi translokasi berkenaan, sekali gus mencerminkan komitmen menyokong usaha pemuliharaan dan pengurusan konflik hidupan liar.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perhilitan melancarkan Operasi Bersepadu Translokasi Gajah melibatkan 25 ekor gajah dari Julai 2025 hingga Julai 2026, bermula di Johor, bagi menangani konflik gajah-manusia secara sistematik dan menyeluruh.
- Operasi melibatkan kerjasama antara negeri dan penggunaan teknologi seperti dron, peta digital dan sistem makluman awal, serta menyokong dasar pemuliharaan seperti NECAP dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan.
- Sebanyak 4,919 aduan konflik direkodkan antara 2020 hingga 2024 dengan kerugian RM39.4 juta, dan Kerajaan Johor menyalurkan RM600,000 bagi menyokong usaha translokasi serta pemuliharaan hidupan liar.