awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Pahang gerakkan operasi tangkap gajah liar

Fareez Azman
Fareez Azman
16/01/2023
08:47 MYT
Perhilitan Pahang gerakkan operasi tangkap gajah liar
Menerusi satu kenyataan media pada Isnin, Perhilitan Pahang memaklumkan operasi terbabit dimulakan pada 10 Januari lalu disertai 16 kakitangan dari PERHILITAN dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang telah mengerakkan operasi menangkap gajah liar yang menyebabkan seorang remaja Orang Asli maut di Lipis pada 9 Januari lalu.
Menerusi satu kenyataan media pada Isnin, operasi berkenaan dimulakan pada 10 Januari disertai 16 kakitangan dari Perhilitan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK).
"Kakitangan telah dibahagikan kepada dua kumpulan tangkapan dan satu kumpulan pemantau pergerakan gajah.
"Pemantauan pergerakan gajah dilakukan pada waktu malam dan awal pagi.
"Manakala penjejakan gajah akan dijalankan oleh kumpulan tangkapan pada siang hari berdasarkan kesan terbaharu yang dicerap oleh kumpulan pemantau," jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun hasil cerapan pada 12 Januari lalu mendapati gajah berkenaan telah bergerak ke Pos Betau merentasi Jalan Sungai Koyan Cameron Highlands dan kembali ke kompleks hutan utama Hutan Simpan Ulu Jelai.
"Sehingga tarikh hari ini, pemantauan masih diteruskan di Pos Sinderut, Pos Lenjang, Pos Betau, Pos Pantos, dan Kempung Keledek, Lipis.
"Tiada petunjuk atau aduan kehadiran gajah terbaharu di lokasi yang terlibat.
"Jabatan Perhilitan akan meneruskan operasi tangkapan sehingga 19 Januari, operasi tangkapan akan ditamatkan seandainya tiada kesan atau aduan kehadiran gajah baharu," menurut kenyataan itu lagi.
Orang ramai disarankan agar lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar.
Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Pejabat Perhilitan terdekat.
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Perhilitan
#Pahang
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan