MALAYSIA
Perhilitan sahkan jangkitan ASF pada bangkai babi hutan di Ampang

Perhilitan Selangor melaksanakan pemeriksaan bangkai babi hutan yang ditemui di Ampang dan memantau kawasan sekitar penemuan bangkai terbabit. -Sinar Harian
AMPANG: Enam ekor bangkai babi hutan yang ditemui di Jalan Tebrau 1 dan Dataran Ukay, di sini antara 28 April hingga 15 Mei lalu disahkan positif jangkitan demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF).
Ringkasan AI
- Enam bangkai babi hutan yang ditemui di Ampang antara 28 April hingga 15 Mei disahkan positif jangkitan demam babi Afrika (ASF), penyakit yang hanya menjangkiti babi dan tidak berisiko kepada manusia.
- Perhilitan Selangor bersama agensi berkaitan sedang melaksanakan pemantauan, pelupusan bangkai, penyahjangkitan kawasan, serta analisis terhadap bangkai baharu bagi mengawal penularan penyakit tersebut.
- Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh atau menghampiri bangkai haiwan liar dan segera melaporkan penemuan kepada pihak berkuasa melalui Talian Hotline Perhilitan 1-800-88-5151.
"Pada 20 Mei, Jabatan Perhilitan telah menerima laporan rasmi daripada DVS yang mengambil maklum bahawa sampel yang dianalisis adalah positif bagi jangkitan penyakit ASF melalui kaedah ujian qPCR.
"ASF ialah penyakit virus berjangkit yang hanya menjejaskan babi hutan dan babi domestik. Ia tidak menjangkiti manusia atau haiwan lain dan tidak memberi risiko kesihatan awam," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, bagi memastikan pengurusan kes ini dikawal secara menyeluruh, Perhilitan terus bekerjasama rapat dengan DVS, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan untuk pemantauan, pelupusan bangkai dan penyahjangkitan kawasan mengikut prosedur biosekuriti sedia ada.
Tambahnya, tindakan juga diambil dengan mengumpul dan menganalisis mana-mana bangkai baharu yang dijumpai di lokasi berhampiran.
"Kita juga menjalankan pemantauan kesihatan populasi hidupan liar di kawasan yang berisiko, selain meningkatkan survelan dan kesiapsiagaan terhadap kemungkinan penularan kes serupa di kawasan lain," ujarnya.
Menurut Wan Mohd Adib, pihaknya menasihatkan orang awam agar tidak menyentuh, mengalih atau menghampiri mana-mana bangkai haiwan liar yang ditemui, khususnya spesies babi hutan.
"Segera laporkan sebarang penemuan bangkai haiwan liar kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan usah menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan isu ini agar tidak menimbulkan kegusaran awam," katanya.
Beliau berkata, sebarang aduan, penemuan atau maklumat berkaitan hidupan liar boleh disalurkan melalui Talian Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami