awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan sahkan terima aduan kehadiran harimau belang di Maran

Bernama
Bernama
06/12/2023
10:07 MYT
Perhilitan sahkan terima aduan kehadiran harimau belang di Maran
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di Kampung Serengkam, Maran, semalam. - Gambar hiasan
KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di Kampung Serengkam, Maran, dekat sini, semalam.
Pengarahnya, Rozidan Md Yasin berkata aduan diterima daripada sekumpulan nelayan darat yang mendakwa melihat haiwan itu sedang minum air di tebing Sungai Pahang berhampiran Batu Sawau di kampung berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati kesan tapak di lokasi kejadian adalah sama saiz dengan kesan tapak yang ditemukan di Kampung Belembung, Senggora di Maran, yang mana jarak antara dua lokasi berkenaan adalah kira-kira lima kilometer dari Batu Sawau.
"Bagaimanapun, pemantauan terkini mendapati haiwan itu dipercayai telah bergerak ke habitat asalnya iaitu hutan simpan berdekatan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Rozidan menasihatkan ketua kampung dan komuniti sekitar lokasi kejadian untuk sentiasa menjaga keselamatan dan melaporkan segera kepada Perhilitan Daerah Maran jika melihat kehadiran haiwan berkenaan atau berlaku serangan terhadap ternakan dan manusia.
Ditanya mengenai video tular di media sosial yang menunjukkan kehadiran harimau belang di sebuah ladang kelapa sawit, Rozidan berkata video itu tidak berkaitan dengan aduan diterima mereka semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan Pahang
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Harimau belang
#Kampung Serengkam
#Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan