awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata

Khalis Khadir
Khalis Khadir
21/10/2024
15:14 MYT
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, langkah itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan terdapat kehadiran harimau di lokasi berkenaan. - Gambar Perhilitan Selangor
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, langkah itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan terdapat kehadiran harimau di lokasi berkenaan.
“Siasatan di lokasi dan kawasan hutan berhampiran telah dijalankan pada Ahad malam, hari yang sama aduan diterima.
“Pada pagi Isnin juga kita buat operasi mengesan dan menjejak kesan tapak kaki harimau di kawasan sekitar namun tiada kesan ditemui buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Beliau menjelaskan, temubual dengan penduduk setempat juga telah dilakukan bagi mendapat maklumat lanjut.
Operasi berkenaan dikendali oleh Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM) Perhilitan Selangor bersama Perhilitan Daerah Hulu Selangor.
Rentetan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri.
Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Perhilitan
#bukit permata
#Batu Caves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan