MALAYSIA
Perhilitan Terengganu berjaya tangkap beruang matahari
Loo Kean Seong berkata haiwan liar itu telah memasuki perangkap kira-kira pukul 1 pagi tadi yang dipasang pihaknya petang semalam susulan aduan penduduk kampung. - Gambar fail/Sinar Harian
CHUKAI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari betina yang dianggarkan seberat 40 kilogram di Ladang Pelantoh Selatan, di Kijal, dekat sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata haiwan liar itu telah memasuki perangkap kira-kira pukul 1 pagi tadi yang dipasang pihaknya petang semalam susulan aduan penduduk kampung.
"Beruang itu keluar dari hutan simpan berhampiran mungkin untuk mencari makanan. Enam petugas Perhilitan telah menguruskan pemindahan haiwan liar itu ke habitat semula jadi dan haiwan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, seorang penduduk Md Fauzi Abdullah, 42, berkata dia membuat laporan kepada Perhilitan kira-kira 10 pagi semalam selepas melihat kelibat beruang terbabit di belakang rumahnya.
Katanya, kehadiran beruang itu mencetuskan kebimbangan memandangkan dia mempunyai anak-anak yang masih kecil.
"Pada awal pagi Isnin saya terdengar bunyi bising berhampiran pokok jering di belakang rumah. Selepas diperiksa saya mendapati seekor beruang sedang duduk di atas pokok.
"Keesokannya saya terus membuat laporan dan petugas Perhilitan datang memasang perangkap kira-kira 4 petang semalam. Alhamdulillah, lega rasanya apabila beruang itu berjaya ditangkap," katanya.
-- BERNAMA