Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Perhilitan terima laporan kehadiran harimau di Hulu Tembeling

Bernama 22/11/2025 | 07:00 MYT
Tular sebuah video memaparkan harimau belang yang sedang berkeliaran dilihat penduduk didakwa di kawasan berhampiran Kampung Bantal, Hulu Tembeling. - Tangkap layar video tular
KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di sebuah ladang di Hulu Tembeling, Jerantut.


Ringkasan AI
  • Perhilitan Pahang menerima laporan kehadiran harimau belang di ladang di Hulu Tembeling, Jerantut, dan telah mengambil tindakan dengan memasang perangkap kamera untuk pemantauan lanjutan.
  • Pengarah Perhilitan Rozidan Md Yasin menegaskan kehadiran harimau tersebut setelah tiga hari pemantauan, serta mengingatkan komuniti setempat untuk menjaga keselamatan dan melaporkan sebarang kehadiran haiwan tersebut.
  • Sebuah video viral menunjukkan harimau belang yang berkeliaran berdekatan Kampung Bantal, Hulu Tembeling, meningkatkan kesedaran tentang kehadiran haiwan liar di kawasan tersebut.


Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata maklumat diterima pada Selasa lepas dan lapan petugas Perhilitan telah ke lapangan keesokan hari untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemantauan tiga hari, kita dapat mengesahkan kehadiran harimau itu dan Perhilitan telah mengambil tindakan memasang perangkap kamera di sekitar kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Perhilitan akan terus melakukan pemantau dan komuniti sekitar lokasi itu dinasihatkan untuk menjaga keselamatan serta diminta melaporkan segera jika melihat kehadiran haiwan tersebut.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi lebih satu minit tular di media sosial memaparkan harimau belang yang sedang berkeliaran dilihat penduduk didakwa di kawasan berhampiran Kampung Bantal, Hulu Tembeling.

-- BERNAMA






#Harimau belang #Perhilitan #Hulu Tembeling #Kampung Bantal