Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' esok sebagaimana yang dilakukan terhadap perhimpunan Bersih jika mereka mengingkari arahan dan menyentuh sensitiviti perkauman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis akan memantau aktiviti perhimpunan baju merah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
"Walaupun perhimpunan itu mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis telah menentukan beberapa syarat terutamanya perarakan dari lima tempat untuk ke Padang Merobok mesti tidak dicemari dengan kain rentang, poster atau kata-kata kesat yang menyentuh soal-soal sensitiviti perkauman dan perkara-perkara dalam Akta Hasutan.
"Polis akan merampas kain rentang dan poster (menyentuh isu perkauman). Kita akan mengambil tindakan sebagaimana yang kita ambil dalam perhimpunan Bersih,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan peserta konvoi Asean Ride di sini hari ini.
Kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu itu.
Semalam, DBKL membenarkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman itu di Padang Merbok.
Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu bukan program UMNO sebaliknya dianjurkan gabungan pelbagai NGO yang menyokong perhimpunan itu bagi memperlihatkan maruah seorang individu tidak seharusnya dipermainkan apa lagi dijatuhkan.
"Saya berharap mesej ini difahami semua. Sebagai sebuah negara pelbagai kaum, budaya dan agama, kita harus menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Ahmad Zahid memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau tidak akan berada di lokasi perhimpunan kerana berada di Sabah untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.
“Saya berharap perhimpunan (Rakyat Bersatu) tidak dikonotasikan sebagai melawan arus gelombang kuning dengan gelombang merah.
"Ini sekadar manifestasi bagaimana jauh di sudut hati mereka yang dicabar maruahnya, disuarakan untuk memperlihatkan bahawa tidak perlu adanya provokasi dilakukan oleh mana-mana indvidu atau pemimpin organisasi sama ada berdaftar atau tidak.
"Tentunya apabila empat kali perhimpunan baju kuning diadakan, saya fikir tidak perlu risau baju merah yang hanya berkumpul sekali,” katanya.
Semalam, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas menilai pelbagai pendapat daripada komponen parti BN berkata perhimpunan aman itu boleh diteruskan namun ia perlu mematuhi undang-undang.
Najib turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963.
Bernama
Tue Sep 15 2015
AHMAD ZAHID: Polis akan memantau aktiviti perhimpunan baju merah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Perhimpunan 16 Sept: Jangan sentuh sensitiviti perkauman - Zahid Hamidi
Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' jika mereka mengingkari arahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perhimpunan 'baju merah': Apa sebenarnya yang Melayu perlu takut?
Melayu perlu pandai membezakan pihak Melayu yang benar-benar mahu membantu golongan Melayu, dengan pihak yang hanya memperguna sentimen Melayu untuk kekal berkuasa.