awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
08/11/2016
14:51 MYT
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia berikutan tiada notis lokasi baru yang diserahkan pihak Bersih 2.0 bagi menggantikan cadangan berhimpun di Dataran Merdeka. - Foto Bernama
Polis menegaskan perhimpunan dan konvoi Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia berikutan tiada notis lokasi baru yang diserahkan pihak Bersih 2.0 bagi menggantikan cadangan berhimpun di Dataran Merdeka.
“Notis awal yang diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan ibu pejabat polis Brickfields tidak mendapat kelulusan kerana penganjur gagal mengemukakan bersama surat kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.
“Sekiranya perhimpunan tersebut diteruskan di lokasi lain tanpa penyerahan notis baru ia jelas melanggar syarat yang termaktub di bawah Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Kenyataan itu juga bagi mengulas laporan sebuah portal bertarikh 8 November yang bertajuk 'Semua Sudah Dipatuhi, Bersih 5 Diteruskan' yang disifatkan menggelirukan.
Demonstrasi jalanan Bersih 5 dilaporkan akan mengambil tempat di lokasi baru iaitu di luar Dataran Merdeka, dengan dua titik pertemuan untuk berkumpul iaitu di Dataran Maybank dan Masjid Negara - sebelum menuju ke pusat bandar.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#Bersih 5
#Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan