awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan

Bernama
Bernama
30/12/2023
11:40 MYT
Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan
Mohd Azmi berkata program itu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mendesak perang di Gaza dihentikan serta-merta. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Satu perhimpunan gergasi sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Feb depan dengan sasaran kehadiran sejuta peserta.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata program yang dikenali Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin itu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mendesak perang di Gaza dihentikan serta-merta.
Beliau yang merupakan koordinator perhimpunan itu berkata pihaknya turut menyasarkan 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mendaftar dalam gabungan Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, yang dirancang berdekatan dengan Kedutaan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun menurutnya lokasi tepat perhimpunan serta perarakan itu masih belum dapat dipastikan, dan pihak berkuasa diminta memberi kerjasama untuk membantu memastikan acara berkenaan dapat diadakan dengan aman dan lancar.
"Perhimpunan ini akan menghantar mesej yang kuat dari rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak menyekat Israel dari terus melakukan serangan ganas ke atas Gaza," katanya pada sidang media di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#MAPIM
#Perhimpunan Sejuta Rakyat
#serangan ganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan