awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Solidariti Kedamaian bukan sekadar respons tragedi Christchurch

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/03/2019
00:43 MYT
Perhimpunan Solidariti Kedamaian bukan sekadar respons tragedi Christchurch
ZAIRUDIN: Istilah Jihad selalu disalah erti sebagai contoh ayat membunuh orang kafir. - Gambar fail
Rakyat Malaysia perlu melihat Perhimpunan Solidariti Kedamaian di ibu negara hari ini sebagai bukan sekadar memberi respons kepada tragedi serangan di Christchurch, kata Penolong Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim.
Menurutnya, perhimpunan itu pada masa sama perlu menunjukkan kemahuan rakyat Malaysia yang mementingkan penyatuan masyarakat dan mengekalkan perpaduan sedia ada.
"ABIM melihat apa yang berlaku di New Zealand itu adalah cerminan kepada apa yang dilakukan di Malaysia.
"Meskipun kita tahu Malaysia ini berbilang kaum dan kita ada negara yang aman, namun kita mesti tolak ketaksuban yang akan menjurus kepada ekstremisme yang menjadi musuh kepada semua orang Islam dan bukan Islam.
"Kita semua rakyat Malaysia mesti berusaha mengekalkan keharmonian dan cuba meneruskan usaha dialog dan perhimpunan seperti hari ini bukan dilihat sebagai respons kepada apa yang berlaku di New Zealand tetapi kita mahu penyatuan dan kita bersungguh untuk mengekalkan perpaduan sedia ada," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
ABIM adalah antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut menyertai Perhimpunan Solidariti Kedamaian di ibu negara.
Malah kata Zairudin, usaha mengadakan dialog antara masyarakat berbilang kaum dan agama akan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai Islam.
"Sebagai contoh, kita boleh terangkan kepada bukan Islam apa itu Jihad. Istilah Jihad selalu disalah erti sebagai contoh ayat membunuh orang kafir.
"Sedangkan yang paling utama dalam Jihad itu ialah mempertahankan diri dan tanah air. Apabila soal Jihad ini, kalau masyarakat dapat pemahaman yang jelas, maka mereka akan nampak apa Islam itu yang sebenar," tambahnya.
Topic Berkaitan
#ABIM
#Astro
#Astro Awani
#Christchurch
#Islam
#jihad
#Malaysia
#New Zealand
#perhimpunan
#perpaduan
#rakyat Malaysia
#serangan
#solidaritikedamaian
#Zairudin Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan