awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan #Turun: 30 individu dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/07/2022
06:02 MYT
Perhimpunan #Turun: 30 individu dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa
Perhimpunan yang berlangsung selama satu jam itu didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang, dan dihadiri kira-kira 100 individu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 30 individu termasuk penganjur yang menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang #Turun di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu akan dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata, kesemua identiti individu terbabit akan disahkan sebaik proses memberikan keterangan selesai pada Selasa.
"Setakat ini 30 orang termasuk penganjur akan dipanggil pada Isnin dan Selasa (25/7/22 & 26/7/22).
"Identiti Individu yang dipanggil akan disahkan selepas rakaman keterangan selesai," katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Semalam, Noor Dellhan memaklumkan polis membuka satu kertas siasatan terhadap Himpunan Turun Harga Barang yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Jelas beliau, perhimpunan yang berlangsung selama satu jam itu didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang, dan dihadiri kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik.
Media melaporkan antara individu yang akan dipanggil termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Turun
#30 individu perhimpunan Turun
#harga barang
#Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan