awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah

Bernama
Bernama
08/12/2024
03:00 MYT
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Lee Lam Thye berkata, peningkatan kes kesihatan mental diburukkan lagi dengan kejadian bunuh diri yang memperlihatkan betapa serius masalah emosi dan psikologi dialami pelajar akibat beban akademik, harapan tinggi ibu bapa serta cabaran zaman remaja.
KUALA LUMPUR: Perikatan Komuniti Selamat menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan segera bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah untuk melindungi masa depan generasi muda.
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peningkatan kes kesihatan mental diburukkan lagi dengan kejadian bunuh diri yang memperlihatkan betapa serius masalah emosi dan psikologi dialami pelajar akibat beban akademik, harapan tinggi ibu bapa serta cabaran zaman remaja.
Lee yang juga ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental mencadangkan agar menambah bilangan kaunselor terlatih di sekolah untuk menangani isu sensitif dengan lebih berkesan di samping menyediakan pelajar strategi mengatasi masalah serta memberikan sokongan emosi diperlukan.
"Setiap sekolah perlu mempunyai bilangan kaunselor terlatih mencukupi yang boleh mengenal pasti serta membantu pelajar yang bergelut tekanan, kebimbangan, kemurungan atau cabaran kesihatan mental yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mencadangkan agar pendidikan kesihatan mental dimasukkan ke dalam kurikulum sebagai usaha memupuk lebih pemahaman serta mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental, dan inisiatif ini dapat membantu pelajar mengenal pasti sendiri tanda-tanda tekanan mental mahupun rakan sebaya serta mendapatkan bantuan pada peringkat awal.
"Sekolah juga perlu mengadakan bengkel mengenai pengurusan tekanan dan masa serta mindfulness secara berkala untuk melengkapkan pelajar kaedah menangani tekanan akademik dan peribadi dengan berkesan," katanya.
Lee berkata, semua pihak termasuk KPM, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah harus bekerjasama dalam menyediakan latihan kepakaran untuk petugas sekolah, menjalankan saringan kesihatan mental dan menyediakan akses bantuan serta sumber sokongan yang lain bagi membolehkan bantuan segera diberikan kepada pelajar yang berdepan krisis.
"Kesejahteraan pelajar kita adalah tanggungjawab bersama. Dengan menangani cabaran kesihatan mental yang dihadapi belia, kita boleh mewujudkan persekitaran yang memupuk pertumbuhan, daya tahan dan keupayaan mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Kita perlu bertindak sekarang untuk melindungi masa depan generasi muda," katanya.
Lee berkata, Perikatan Komuniti Selamat bersedia bekerjasama dengan KPM, ibu bapa dan pemimpin masyarakat untuk merealisasikan bantuan kesihatan mental di setiap sekolah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Komuniti Selamat
#kesihatan mental
#Kementerian Pendidikan
#Lee Lam Thye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan