KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperinci jenis kesalahan jenayah yang akan dimansuhkan hukuman mati mandatori.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Profesor Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata ini kerana butiran mengenai perkara itu belum dinyatakan dengan jelas buat masa ini.
"Apa yang dinyatakan dalam sidang akhbar sebelum ini secara umum sahaja iaitu hukuman mati mandatori dihapuskan tetapi adakah semua kesalahan melibatkan hukuman mati mandatori akan diubah?
"Kesalahan lain contohnya kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja di negeri dan Yang Dipertua Negeri adakah hukuman mati mandatori di bawah seksyen ini juga akan dihapuskan? Kalaulah orang itu bunuh Raja, adakah orang itu dihukum penjara seumur hidup sahaja? Ini sangat berbahaya kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Mansuh Hukuman Mati Mandatori: Satu Transformasi Undang-Undang' di sini malam tadi.
Shamrahayu berkata perincian itu juga diperlukan kerana kerajaan akan menjalankan kajian awam berhubung kewajaran pelaksanaan hukuman mati mandatori.
"Saya fikir jenis-jenis kesalahan yang terlibat perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat, jangan sorok, kena telus... kadang-kadang rakyat perlukan pendidikan berkaitan undang-undang lebih mendalam, bukan saya kata rakyat tidak tahu tetapi penjelasan lebih mendalam tentang sesuatu isu itu perlu.
"Selain itu, pemansuhan hukuman mati mandatori ini bergantung kepada kehendak rakyat, kalau masyarakat masih lagi rasa hukuman mati mandatori itu perlu, saya fikir pandangan masyarakat harus diambil kira sebab ia bukan sahaja melibatkan kepentingan negara tetapi juga rakyat," katanya.
Jumaat lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Perkara itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Shamrahayu berkata perincian itu diperlukan kerana kerajaan akan menjalankan kajian awam berhubung kewajaran pelaksanaan hukuman mati mandatori. - Foto fail/BERNAMA
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
20 warga emas ditahan terlibat kegiatan perjudian di Pulau Pinang
Dua puluh warga emas antara 97 individu ditahan kerana terlibat kegiatan perjudian dalam 14 serbuan menerusi Op Limau 2024 dilaksanakan selama 10 hari bermula 15 Feb lepas.
Tiada bukti Hakim Nazlan lakukan kesalahan jenayah - PM Anwar
SPRM tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang dilakukan Hakim Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd.
Trump tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024
Kenyataan dibuat selepas beliau didakwa dengan 34 pertuduhan jenayah, melibatkan kesalahan memalsukan dokumen.
'Menghendap secara maya' berulang kali juga satu jenayah dalam pindaan Akta 574
Walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.
Krisis Myanmar: Perbicaraan Suu Kyi dipindahkan ke penjara
Suu Kyi telah didakwa dengan sekurang-kurangnya 20 kesalahan jenayah sejak beliau digulingkan dalam rampasan kuasa awal tahun lalu.
Perinci jenis kesalahan hukuman mati mandatori yang akan dimansuh
Shamrahayu berkata, buat masa ini, butiran mengenai perkara itu belum dinyatakan dengan jelas.
Isu pemilikan saham: Azam Baki yakin tidak lakukan sebarang kesalahan jenayah
Tan Sri Azam Baki yakin bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa berhubung isu pemilikan saham olehnya.
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kesalahan jenayah anak ahli politik
Polis menafikan dakwaan seorang individu bahawa tiada tindakan diambil terhadap anak lelaki kepada ahli politik yang disyaki terbabit dalam kesalahan jenayah.
Aplikasi AI bantu pegawai kehakiman buat keputusan
Wong berkata profesion perundangan tidak boleh mengetepikan kemunculan AI memandangkan mesin yang boleh menjangkakan hasil pertikaian sudah wujud.
Ahli Parlimen diminta bangkitkan isu kesihatan mental
Peguam Negara juga perlu mengkaji semula peruntukan undang-undang berhubung percubaan membunuh diri.