KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu hari ini termasuk melibatkan kluster komuniti, kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.
Berikut perincian kluster baharu seperti dimaklumkan KKM:
1. KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang.
Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 424 individu telah disaring, di mana 222 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN BAGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-239,125) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 215 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER AMPANG CAMPURAN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207,870) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN GANGSA DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SERUAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209,382) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAMAN SEGAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim.
Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER LORONG MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan.
Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Astro Awani
Sun Feb 07 2021
KKM mengesan tujuh kluster baharu hari ini termasuk melibatkan kluster komuniti, kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi. - Foto Fail / Twitter @DGHisham
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Perincian 7 kluster baharu COVID-19, libatkan majlis pengebumian, rumah jagaan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu hari ini termasuk melibatkan kluster komuniti, kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.
COVID-19: Ini perincian 6 kluster baharu dicatatkan hari ini
Sejumlah enam kluster baharu dilaporkan hari ini dengan Selangor merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu empat kluster.