awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
29/04/2021
05:56 MYT
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya masih menerima maklumat kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke ESSZone. - Foto BERNAMA.
KOTA KINABALU: Polis Sabah melanjutkan pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Beliau berkata, langkah pelaksanaan itu bermula esok sehingga 15 Mei depan.
"Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.
"Lanjutan perintah berkurung ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan ESSZone
"Selain daripada itu juga, kita masih menerima maklumat kumpulan menjalankan kegiatan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hazani dalam pada itu turut telah memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak.
Topic Berkaitan
#ESSZONE
#Datuk Hazani Ghazali
#Lahad Datu
#Kinabatangan
#Abu Sayyaf
#Semporna
#Tawau
#Sandakan
#jenayah
#perintah berkurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan