awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 15 Februari

Bernama
Bernama
30/01/2017
02:36 MYT
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 15 Februari
Perairan yang terlibat dalam perintah berkurung berkenaan meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. - Gambar fail
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 15 Februari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata dengan perlanjutan yang bermula esok, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut antara 6 petang hingga 6 pagi.
Ramli dalam kenyataannya hari ini berkata perairan yang terlibat dalam perintah berkurung berkenaan meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
"Keperluan meneruskan Perintah Berkurung di kawasan laut ialah bagi memastikan kawasan itu tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan," katanya.
Menurut Ramli berdasarkan maklumat, kumpulan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Katanya perintah berkurung berkenaan juga diteruskan bagi menjamin keselamatan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta mereka yang tinggal di kawasan daratan ESSZone.
Menurutnya perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah-daerah ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSZONE
#kawalan keselamatan
#perairan Sabah
#perintah berkurung
#polis
#Ramli Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan