Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang ini dilanjutkan hingga 30 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Beliau berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.
"Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.
Katanya perintah berkurung berkenaan juga adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.
Ramli berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Katanya perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung," katanya.
Bernama
Sun Jul 15 2018
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway
Projek kereta api berkelajuan tinggi, Sabah belum terima maklumat rasmi
Kerajaan Sabah belum menerima sebarang pemakluman rasmi mengenai dakwaan sebuah syarikat dari Brunei yang mengumumkan pelaksanaan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo.
Penggambaran di Borneo perlu dapatkan permit daripada kerajaan negeri - Finas
Walaupun produksi mempunyai lesen yang telah dikeluarkan Finas, mereka tertakluk mengikut peraturan yang telah ditetapkan negeri berkenaan.
Insentif pengeluaran getah November 2022 diaktifkan di Semenanjung, Sabah & Sarawak
Harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada November 2022 berada pada RM2.20 sekilogram bagi Semenanjung.
Pasca PRU15: Calon TPM dari Borneo perlu wakili etnik majoriti - Penganalisis
Menjadi satu pengiktirafan besar sekiranya suara etnik Iban atau Dayak dapat diangkat menerusi wakil mereka di peringkat pusat.
Lima perkara menarik anda patut terokai di Kuching, Sarawak
Dengan sekatan dan prosedur tertentu untuk ke luar negara, ini peluang terbaik untuk para pencinta alam sekitar untuk melancong di dalam negara - terutama di Kuching, Sarawak.
Fly2Campus bantu pelajar dapatkan penerbangan pulang ke kampus
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampus digalakkan menggunakan aplikasi Fly2Campus' yang telah disediakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kepulauan Borneo, pasaran baharu luaskan pemasaran produk
Tidak hanya menumpukan kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, pasaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga mempunyai potensi besar dengan menawarkan kelebihan yang menguntungkan.
Ahli etnografi kelahiran Sarawak, Benedict Sandin diraikan Google
Beliau merupakan anak Sarawak pertama menjadi kurator Muzium Sarawak.
Ikan laga spesies Betta nuluhon ditemukan di Sabah
Ikan laga yang baru ditemukan ini biasanya terdapat di sungai cetek dengan aliran air yang jernih di barat Sabah.