Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Abdul Rashid berkata perintah berkurung yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi itu membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
"Dengan berkuatkuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu dinyatakan.
"Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung ialah untuk memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau peranginan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan penjenayah dari selatan Filipina yang melakukan penculikan untuk mendapat wang tebusan, masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan.
Beliau juga berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna perairan tersebut serta mereka yang tinggal di kawasan daratan ESSZone.
Menurutnya, perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, sekali gus mewujudkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2016
Beliau juga berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna perairan tersebut serta mereka yang tinggal di kawasan daratan ESSZone.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
Itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashi
Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.
Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.
Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah
Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina.
Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah
Abdul Rashid berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat
Mereka dilaporkan diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.