awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
Anwar, Haluk bincang usaha kukuh pertahanan Malaysia-Turkiye
FPA kecam sekatan media Israel ke Gaza, bawa isu ke Mahkamah Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 22 September

Bernama
Bernama
09/09/2022
08:26 MYT
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 22 September
Idris berkata perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk. - PDRM
LAHAD DATU: Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 7 September lepas, dilanjutkan sehingga 22 September ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
"Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas, sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan, serta pelancong asing melawat pulau peranginan," katanya di sini.
Idris berkata perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Dalam pada itu, katanya semua Ketua Polis Daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan perintah berkurung itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perintah berkurung
#ESSZONE
#Idris Abdullah
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan