awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
01/02/2025
00:45 MYT
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Seramai 4.37 juta pekerja akan menerima gaji minimum RM1,700 sebulan berbanding RM1,500 sebelum ini berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa secara rasmi pada Sabtu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 4.37 juta pekerja akan menerima gaji minimum RM1,700 sebulan berbanding RM1,500 sebelum ini berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa secara rasmi pada Sabtu.
Perintah itu terpakai kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan.
Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan, bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.
Semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum itu dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan dan kegagalan mematuhi perintah itu menjadi satu kesalahan yang boleh didenda di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan, pelaksanaan Perintah Gaji Minimum itu adalah satu daripada pendekatan besar kementerian dalam meningkatkan pendapatan pekerja, selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja
Kesuma bagaimanapun menegaskan kadar gaji minimum itu tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja yang perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum itu sebagai langkah penstrukturan ekonomi dan membolehkan rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Perintah Gaji Minimum baharu, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://minimumwages.mohr.gov.my/ dan bagi sebarang pertanyaan, majikan atau pekerja boleh e-mel kepada [email protected]. - Bernama
Topic Berkaitan
#Perintah Gaji Minimum
#majikan
#Majlis Perundingan Gaji Negara
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan