awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2021
09:58 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan
Ia selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Keputusan terbaharu yang akan berkuat kuasa bermula 22 April sehingga 29 April itu menyebabkan seluruh Kelantan kini menjalani PKP.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berlaku peningkatan kes COVID-19 yang ketara di tiga jajahan tersebut.
"Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 18 kes kepada 112 kes dan ketiga-tiga jajahan ini telah bertukar kepada zon merah.
"Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 14 April lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di tujuh daripada 10 jajahan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.
Ia berkuat kuasa pada 16 April hingga 29 April ini.
Topic Berkaitan
#PKP
#Pelaksanaan PKP
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#PKP Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan