MALAYSIA
Perjalanan bebas visa Malaysia-China bermula 17 Julai
Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi lawatan jangka pendek berjumlah sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, berkuat kuasa 17 Julai.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, Kedutaan China di Malaysia memaklumkan bahawa di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan, bermula Khamis ini.
Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.
"Tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari," menurut kenyataan itu.
Kedutaan turut menjelaskan bahawa mereka yang merancang untuk tinggal melebihi 30 hari, atau ingin bekerja, belajar, menjalankan aktiviti media atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan kelulusan awal, perlu memohon visa yang bersesuaian sebelum memasuki negara berkenaan.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China (Kuala Lumpur) Tel: 0060-389663925 (hari bekerja 13:00-17:00), E-mel: klcentre@visaforchina.org
Konsulat Jeneral China di Kuching: Tel: 0060-82238344 atau 0060-1112597159 (hari bekerja 9:30-11:30, 14:30-16:30), E-mel: kuching@csm.mfa.gov.cn
Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu: Tel: 0060-88385481 atau 0060-143681380 (hari bekerja 9:30-11:30, 13:30-15:30), E-mel:kk@csm.mfa.gov.cn
Perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu dipersetujui semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur pada April.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pengecualian Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai: Warganegara Malaysia dan China boleh melancong, transit atau lawat negara masing-masing tanpa visa sehingga 30 hari setiap lawatan, dengan jumlah maksimum 90 hari dalam tempoh 180 hari.
- Tujuan: Lawatan yang Dibenarkan Tanpa Visa Termasuk pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.
- Keperluan Visa untuk Tinggal Lebih Lama atau Aktiviti Khusus: Mereka yang ingin tinggal lebih 30 hari atau menjalankan aktiviti seperti bekerja, belajar atau media perlu memohon visa terlebih dahulu.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan China di Malaysia memaklumkan bahawa di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan, bermula Khamis ini.
Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.
"Tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari," menurut kenyataan itu.
Kedutaan turut menjelaskan bahawa mereka yang merancang untuk tinggal melebihi 30 hari, atau ingin bekerja, belajar, menjalankan aktiviti media atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan kelulusan awal, perlu memohon visa yang bersesuaian sebelum memasuki negara berkenaan.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China (Kuala Lumpur) Tel: 0060-389663925 (hari bekerja 13:00-17:00), E-mel: klcentre@visaforchina.org
Konsulat Jeneral China di Kuching: Tel: 0060-82238344 atau 0060-1112597159 (hari bekerja 9:30-11:30, 14:30-16:30), E-mel: kuching@csm.mfa.gov.cn
Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu: Tel: 0060-88385481 atau 0060-143681380 (hari bekerja 9:30-11:30, 13:30-15:30), E-mel:kk@csm.mfa.gov.cn
Perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu dipersetujui semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur pada April.
-- BERNAMA

#kemasukan tanpa visa ke China
#lawatan jangka pendek
#Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China
#pelancongan