MALAYSIA
Perjanjian ART: Malaysia tidak berkompromi dalam pematuhan standard halal - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata hanya produk halal yang memperoleh pengesahan daripada badan pensijilan halal AS yang diiktiraf oleh JAKIM dan memenuhi keperluan halal Malaysia akan diperakukan serta dibenarkan untuk dieksport ke negara ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI tidak pernah berkompromi dalam memastikan pematuhan terhadap standard halal sepanjang rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), tegas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Beliau menjelaskan menerusi perjanjian itu, proses kelulusan pengimportan produk halal dari AS kekal seperti sedia ada, iaitu perlu mematuhi standard halal Malaysia serta Akta Perihal Dagangan (Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011) bagi tujuan perdagangan dalam negara.
Tengku Zafrul berkata hanya produk halal yang memperoleh pengesahan daripada badan pensijilan halal AS yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memenuhi keperluan halal Malaysia akan diperakukan serta dibenarkan untuk dieksport ke negara ini.
"Pengiktirafan JAKIM terhadap mana-mana badan pensijilan halal di AS adalah berasaskan proses audit dan pengesahan yang ketat, dengan menilai keupayaan serta tahap pelaksanaan pematuhan terhadap standard halal Malaysia.
"Kawalan penuh terhadap standard, penentuan kriteria dan pengiktirafan halal kekal berada di bawah bidang kuasa JAKIM.
"Tiada sebarang kelonggaran terhadap piawaian atau prosedur halal Malaysia... standard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia, disahkan oleh JAKIM dan dipelihara umat Islam di negara ini," katanya.
Menurut beliau, dari segi perdagangan, pendekatan itu bertujuan memudah cara pentadbiran serta mempertingkatkan fasilitasi urusan eksport dan import tanpa menjejaskan integriti sistem halal Malaysia atau kedudukan standard halal negara sebagai penanda aras antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan menteri berhubung usaha memelihara dan mengukuhkan daya saing perdagangan serta pelaburan Malaysia dalam mendepani cabaran geoekonomi global menerusi Perjanjian ART Malaysia-AS di Dewan Rakyat, hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI menegaskan tiada kompromi terhadap piawaian halal dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS, dengan semua produk halal dari AS wajib patuh kepada standard halal Malaysia dan pengiktirafan JAKIM.
- Hanya produk yang disahkan oleh badan pensijilan halal AS yang diiktiraf JAKIM dan memenuhi piawaian Malaysia dibenarkan dieksport ke negara ini, tanpa sebarang kelonggaran terhadap prosedur halal.
- Pendekatan ini bertujuan memudah cara urusan perdagangan tanpa menjejaskan integriti sistem halal Malaysia sebagai penanda aras antarabangsa.
Beliau menjelaskan menerusi perjanjian itu, proses kelulusan pengimportan produk halal dari AS kekal seperti sedia ada, iaitu perlu mematuhi standard halal Malaysia serta Akta Perihal Dagangan (Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011) bagi tujuan perdagangan dalam negara.
Tengku Zafrul berkata hanya produk halal yang memperoleh pengesahan daripada badan pensijilan halal AS yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memenuhi keperluan halal Malaysia akan diperakukan serta dibenarkan untuk dieksport ke negara ini.
"Pengiktirafan JAKIM terhadap mana-mana badan pensijilan halal di AS adalah berasaskan proses audit dan pengesahan yang ketat, dengan menilai keupayaan serta tahap pelaksanaan pematuhan terhadap standard halal Malaysia.
"Kawalan penuh terhadap standard, penentuan kriteria dan pengiktirafan halal kekal berada di bawah bidang kuasa JAKIM.
"Tiada sebarang kelonggaran terhadap piawaian atau prosedur halal Malaysia... standard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia, disahkan oleh JAKIM dan dipelihara umat Islam di negara ini," katanya.
Menurut beliau, dari segi perdagangan, pendekatan itu bertujuan memudah cara pentadbiran serta mempertingkatkan fasilitasi urusan eksport dan import tanpa menjejaskan integriti sistem halal Malaysia atau kedudukan standard halal negara sebagai penanda aras antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan menteri berhubung usaha memelihara dan mengukuhkan daya saing perdagangan serta pelaburan Malaysia dalam mendepani cabaran geoekonomi global menerusi Perjanjian ART Malaysia-AS di Dewan Rakyat, hari ini.
-- BERNAMA
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Perjanjian Perdagangan Timbal Balas ART
#pematuhan standard halal
#Malaysia-AS