MALAYSIA
Perjanjian ART tidak halang Malaysia jalin perdagangan, berunding dengan negara lain - Anwar
Anwar berkata, Malaysia kekal bebas bekerjasama dengan mana-mana rakan strategi, termasuk dalam sektor sensitif seperti nadir bumi, semikonduktor dan kewangan melibatkan penggunaan mata wang tempatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat-Malaysia (ART) tidak menghalang Malaysia daripada mengadakan rundingan atau perdagangan dengan mana-mana negara, termasuk China.
Ringkasan AI
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun terdapat dakwaan bahawa ART mengehadkan ruang Malaysia dalam membuat keputusan dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan, perkara itu adalah tidak benar.
Beliau menjelaskan Malaysia kekal bebas bekerjasama dengan mana-mana rakan strategi, termasuk dalam sektor sensitif seperti nadir bumi, semikonduktor dan kewangan melibatkan penggunaan mata wang tempatan.
"Saya setuju bahawa tekanan Amerika Syarikat (AS) itu relatif lebih besar. Bukan sahaja kepada kita, kepada semua, satu dunia. Tetapi soal kemerdekaan, maruah, soal gadai, tak betul.
"Malaysia meneruskan rundingan dalam sektor nadir bumi dengan pelbagai pihak termasuk Korea Selatan dan China, serta (ingin) memaklumkan bahawa Petronas dan Khazanah sedang berunding dengan syarikat dari China berhubung pemprosesan mineral itu," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang membangkitkan kebimbangan mengenai kesan ART terhadap kebebasan Malaysia dalam menentukan kerjasama ekonomi dengan negara lain.
Mengenai sektor semikonduktor, Anwar berkata sekatan eksport cip ke China hanya terpakai kepada syarikat AS kerana ia syarat negara asal mereka.
"Apa yang kita setuju (dalam ART)? Kalau syarikat itu syarikat Amerika, kita tak boleh langsung eksport cip ke negara China. Tak apa. Pelaburan dia datang Malaysia, syaratnya tak boleh eksport ke negaraChina, dan kita bagi kerjasama.
"Tetapi ada pelaburan dari Jerman ataupun dari China untuk hasilkan cip dan eksport ke China, (kita) boleh," kata beliau.
Anwar berkata Malaysia juga meneruskan kerjasama dengan China termasuk dalam projek pengembangan bekalan air Sungai Perak hingga ke Pulau Pinang, tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.
"Apakah yang menghalang kita bekerjasama dengan negara China? Tidak ada," kata beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat-Malaysia (ART) tidak halang Malaysia daripada berurus niaga dengan negara lain termasuk China.
- Anwar menegaskan Malaysia tetap bebas menjalin kerjasama dengan rakan strategi seperti Korea Selatan dan China dalam sektor sensitif seperti nadir bumi dan semikonduktor.
- Malaysia juga terus bekerjasama dengan China dalam pelbagai projek termasuk pembangunan bekalan air Sungai Perak hingga ke Pulau Pinang tanpa sebarang halangan.