MALAYSIA
Perjanjian dagangan tidak tekan kedaulatan Malaysia, kata Duta AS
Kagan (foto) menolak pandangan bahawa klausa timbal balik dalam perjanjian itu boleh menekan Malaysia supaya menyertai sekatan dagangan AS pada masa depan. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perjanjian dagangan baharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia, sebaliknya memperkukuh kerjasama dua hala, kata Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan.
Ringkasan AI
Beliau menolak pandangan bahawa klausa timbal balik dalam perjanjian itu boleh menekan Malaysia supaya menyertai sekatan dagangan AS pada masa depan.
“Saya langsung tidak menerima hujah tersebut,” katanya dalam satu sidang media pada Isnin.
Beliau menambah bahawa kedua-dua negara sentiasa bersikap terbuka terhadap perbezaan pandangan, namun tetap menghormati kedaulatan masing-masing dalam membuat keputusan bersama.
“Saya berpandangan bahawa perjanjian ini sebenarnya melindungi kedaulatan Malaysia dengan menegaskan bahawa Malaysia membuat keputusan berdaulat untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Amerika Syarikat,” katanya.
Menurut Kagan, keputusan Malaysia menandatangani perjanjian itu sejajar dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan keselamatan dengan Washington secara seimbang dan saling menghormati.
Beliau turut mengingatkan bahawa pihak pembangkang di Malaysia sebelum ini pernah menyuarakan keperluan untuk memeterai perjanjian dagangan dengan Amerika demi manfaat jangka panjang negara.
Sebelum ini Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian perdagangan yang dimeterai antara Malaysia dan AS baru-baru ini berpotensi menjejaskan kedaulatan ekonomi negara.
Katanya, perjanjian itu akan memaksa Putrajaya tunduk kepada peraturan perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan Washington.
Azmin, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyifatkan salah satu fasal paling membimbangkan dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS ialah kewajipan Malaysia mematuhi sebarang sekatan atau sanksi perdagangan yang dikenakan AS terhadap negara lain, sesuatu yang menurutnya boleh mengekang kebebasan dasar ekonomi negara.
Pada Ahad, Malaysia dan AS memeterai perjanjian komprehensif yang bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran, serta mempertingkat daya tahan rantaian bekalan.
Melalui perjanjian tersebut, Malaysia bersetuju memberi akses pasaran keutamaan kepada eksport barangan perindustrian AS, termasuk bahan kimia, jentera, kelengkapan elektrik, logam, dan kenderaan penumpang, selain produk pertanian seperti tenusu, ayam itik, dan beras.
Sebagai timbal balas, AS akan mengekalkan tarif pada kadar 19% terhadap barangan Malaysia, manakala beberapa produk terpilih akan menikmati kadar sifar (0%) di bawah kategori rakan kongsi sejajar.
Malaysia juga bersetuju untuk tidak mengenakan larangan atau kuota terhadap eksport mineral penting dan unsur nadir bumi ke AS, serta akan bekerjasama dengan syarikat Amerika bagi menjamin kestabilan dan kepastian dalam peningkatan kapasiti pengeluaran negara.
Ringkasan AI
- Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan menegaskan bahawa perjanjian dagangan baharu antara Malaysia dan AS tidak menjejaskan kedaulatan negara, sebaliknya memperkukuh kerjasama dua hala secara saling menghormati.
- Beliau menolak dakwaan bahawa klausa timbal balik dalam perjanjian itu memaksa Malaysia mematuhi sekatan perdagangan AS, dan menyatakan keputusan menandatangani perjanjian adalah selaras dengan dasar kerajaan.
- Perjanjian tersebut memberi akses pasaran kepada barangan AS, manakala Malaysia bersetuju tidak mengenakan larangan eksport mineral penting ke AS, dengan beberapa produk Malaysia menikmati tarif sifar sebagai rakan kongsi sejajar.